Pastikan KUIN dapat status universiti penuh - Agong - MOHD DAHARUDIN HAJI DAUD

Breaking

Home Top Ad

Post Top Ad

Saturday, September 24, 2016

Pastikan KUIN dapat status universiti penuh - Agong


Sumber : Berita Harian
Oleh Nor Farhani Che Adbh
news@bh.com.my

SABTU, 24 SEPTEMBER 2016 @ 4:08 PM


SUNGAI PETANI: Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah, mahu melihat Kolej Universiti Insaniah (KUIN) mencapai status universiti penuh menjelang tahun depan, sekali gus muncul universiti Islam pertama di Kedah. 

Perkara itu dinyatakan baginda yang juga Canselor KUIN melalu titah ucapan dibacakan Tunku Temenggong Kedah, Tan Sri Tunku Sallehuddin Sultan Badlishah yang juga Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah sempena Istiadat Konvokesyen KUIN Ke-18, di sini, hari ini. 

Baginda melalui titah berkenaan, yakin Kedah di bawah pimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah, mampu merealisasikan hasrat itu sekiranya semua pihak berganding bahu. 

"Beta berharap KUIN dapat meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran melalui gabungan ilmu duniawi dan ukhrawi secara lebih berdaya saing dengan mengambil kira kehendak industri, yang bukan sahaja menawarkan produk dan perkhidmatan patuh syariah tetapi juga graduan holistik yang berpegang teguh kepada nilai wasatiyyah. 

"Bagi meningkatkan daya saing graduan Insaniah, beta berharap kerajaan negeri di bawah dapat memastikan KUIN mendapat status universiti penuh pada 2017," titah baginda. 

Pada istiadat itu Mufti Kedah, Datuk Paduka Syeikh Muhamad Baderudin Ahmad, mendahului senarai 1,484 graduan menerima sijil asasi, diploma dan ijazah masing-masing dalam pelbagai bidang. 

Mufti Kedah menerima Ijazah Kehormat Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Pengajaran Hadis. 

Dalam titah itu juga, baginda mahu graduan KUIN menabur bakti kepada agama, bangsa dan negara melalui nilai wasatiyyah bercirikan akhlak yang terpuji dan mampu memartabatkan nama baik KUIN di mata dunia. 

"Kejayaan yang dicapai hari ini menjadi pemangkin kepada generasi yang akan datang ke arah pembinaan tamadun keilmuan Islam dalam melahirkan generasi ulul-albab melalui pendekatan al-Quran dan al-Sunnah," titah baginda. 

Seri Paduka turut yakin semua graduan KUIN mampu memenuhi kehendak dan keperluan pasaran serta industri masa kini, dan menjadi ilmuan yang tinggi nilai akhlaknya. 

"Beta berharap KUIN juga dapat tingkatkan mutu pengajaran dengan mengambil kira kehendak industri yang bukan sahaja tawarkan produk dan perkhidmatan yang patuh syariah, tapi juga graduan holistik yang berpegang teguh kepada nilai wasatiyyah," titahnya. 

1 comment:

  1. Tahniah buat sahabat-sahabatku yang berkonvo pada kali ni..
    ini ucapanku untuk kalian semua..

    الحمد لله ، بمناسبة حفلة التخرج ...
    أحر التهاني واجمل التبريكات وتحياتي إليكم ...
    ألف مبروك !!!
    ووفقكم الله ونفع بكم الإسلام والمسلمين ...
    وبارك الله فيكم ...

    وعقبى لكم لما بعد ذلك من المراحل العلمية، إن شاء الله ...
    وزادكم الله تعالى علما كما زادكم بهاء وجعلها البداية لا النهاية عالما ...
    اللهم اجعل بركة فى علمنا جميعا ... اللهم آمين

    ReplyDelete

Post Bottom Ad