Matlamat merupakan arah tuju yang ingin dicapai tetapi ia bukanlah yang terakhir untuk dikecapi. Maka perlulah merancang apakah prioritinya, mana satu yang lebih penting untuk dibuat dan yang lebih aula untuk diselesaikan. Bila sudah mula melaksanakannya, jangan sesekali berputus asa selagi matlamat itu tak tercapai sepenuhnya dan jangan cepat atau mudah mengalah.
Jika anda pernah GAGAL, fahamilah anda belum lagi gagal sebenarnya. Itu hanya permulaan untuk menemui cara yang betul. Setiap detik anda diberi pilihan untuk mencuba lagi kerana anda masih bernyawa. Teruskan berusaha mencuba untuk cari cara yang betul. Ubah strategi jika strategi yang sekarang ini tidak memberikan kesan. Orang-orang yang cemerlang tidak pernah berputus asa tetapi mereka terus merubah strategi jika halangan melanda.
Akhir sekali, hidup ini perlu kita seimbangkan antara hak diri dan tanggungjawab. Kita ini manusia yang ada hati yang berperasaan dan bersifat biologis. Jika anda telah sedaya upaya mencapai matlamat yang dimahukan dan ia telah berjaya direalisasikan, seharusnya anda berilah hadiah buat diri anda sendiri.
Disediakan Oleh : Mohd Daharudin bin Haji Daud
No comments:
Post a Comment